Monday, 25 October 2010

2hari ini kesihatan aku tak berapa baik...agak susah pernafasan aku hari ini...terasa bosan terbaring atas sofa/katil 2hari ini..kadang2 terfikir aku dalam 2hari ini...yang hidup pasti akan mati...kita dipinjamkan sementara di dunia ini...dan pada kehidupan yang ada di dunia ini aku terfikir apakah yang telah aku lakukan selama umurku hidup ini...hmm bermain2 diminda aku fikirkan 2hari ini...andai waktu aku sampai, terfikir aku cukupkah amalan2 aku?? ,wallahualam..Allah sahaja bisa menilai dan menimbang segala amalan kita di dunia dan bekalan kita untuk ke alam selepas mati...

entah kenapa 2hari ni aku terfikir sangat ke dunia yang lagi satu itu..kadang2 bila Allah uji kita dengan sakit seberat ini supaya kita sentiasa beringat kepadaNya dan juga kepada diri kita...ya..aku sentiasa ingat segala apapun dugaan dan ujianNya padaku...aku redha...siapalah aku untuk melawan takdirNya...kerana dia lebih Berkuasa dari segala-galanya...kita manusia hanya boleh merancang dan berusaha...

saat aku terbaring aku terfikir kan dia...entah kenapa...hati dibuai sayu tiba2...mungkin kesihatan ku mempengaruhi emosi aku...aku cuba lawan untuk tidak mengingati kisah2 itu...kita manusia tak boleh nak menipu diri sendiri apatah lagi soal hati....cuma ingatan sahaja...bukan bingkisan rindu lagi...life goes on...past is past...

tadi pagi aku buka siaran radio...arghhhh lagu kegemaran aku padanya berkumandang...aduhh terasa perit hati dan jiwa aku ketika itu...tanpa disedari airmata mengalir...lama sudah airmata ini tidak mengalir kerana satu perpisahan itu...syahdu aku mendengar lagu itu....aku cuba cekalkan hati ini dan berlawan...ya, pada dasarnya memang aku lawan, tapi hakikatnya...Allah sahaja yang tahu...hurmmmmmmmm....

dugaan memang hebat sentiasa...aku perlu semangat lagi untuk harungi dugaan2 ini...berilah aku kekuatan itu lagi supaya aku tidak menjadi lemah seperti dulu...