..rasa sudah lama aku tidak menulis di ruang lakaran hidup ku...hmmmm
ya sibuk dengan hal-hal manusia yang kadang2 membuat aku terfikir sendiri...kenapa, adakah, masihkah ada wujud lagi sifat2 manusia yang aku sendiri lihat baru2 ini...terasa kejam
manakah pergi sifat naluri manusia yang lembut dan berperasaan itu...kenapa kita tak di anugerahkaNya semua sama sifat...pengasih penyayang penyabar...kenapa mesti ada dendam dan benci dan juga ego...itulah lumrah duniawi...kita melihat segalanya...dengan mata yang masih celik ini...
cuma aku mahu lihat kebahagiaan buat diriku...itu sahaja...keperitan, kesedihan, kesusahan jiwa hati aku ini sudah cukup untuk aku bawa ke akhir nanti...kalau ditakdirkan lagi keperitan itu terus bersama dgnku...aku redha...kepadaMu aku bersujud syukur dgn hikmah yang Kau berikan...kerana Engkau lebih mengetahui segalanya dari diri aku yang kerdil dan masih jahil ini...